Friday, June 19, 2009

Hadirnya hanya sementara...

Jarak ke sekolah lebih kurang 1 1/2 kilometer.aku ke sekolah hanya berjalan kaki.Zaman 80an motor tidak seperti sekarang.Ramai budak-budak ke sekolah menaiki basikal.masa itu ,aku tak ingat...apakah aku sudah punya basikal atau tidak....
Yang aku tahu aku suka berjalan kaki.Tau pasal apa? kerana..sambil-sambil berjalan aku akan berangan-angan.Huh..seronok pasang angan-angan.Kadang ada tika aku pernah di sergah.he..he..pasai bercakap sorang sorang.

Bertolak dari rumah pukul 7.oo pagi atau kadang-kadang pukul 7.10 pg.sampai ke sekolah kira cukup-cukup masa untuk memulakan kelas.Satu pagi dalam perjalanan ke sekolah,aku dalam tingkatan 5 waktu itu..bertembung dengan seorang lelaki.Buat pertama kali dia hulurkan sebuah senyuman.Aku membalas sedikit,selebihnya takut pulak dikatakan sombong.Dia ni saudara kepada seorang kawan aku la jugak..
Ke esokkannya kami bertembung lagi...seolah-olah dia tahu masa aku sampai di halaman rumahnya.Bagai di rancang-rancang.

Begitulah setiap hari persekolahanku.Aku tak tahu apa kerja dia ni..dari bertukar senyum,berkenalan,bersembang,bercerita...lalu kami jadi mesra.
Disetiap pagi dia akan menunggu aku...dan kami sama-sama berjalan dan bersembang.Di persimpangan jalan kami berpisah.Sehari dia tak ada aku rasa bagaikan satu kehilangan.kesunyian tanpa senyum gelaknya.

Setelah beberapa bulan berkenalan...suatu hari dia mengajak aku dating .Aku menolak dengan baik.sesungguhnya aku tidak pernah menemui orang lelaki sebelum dia.Dia pujuk, katanya ada sesuatu yang ingin diberitahu sebelum dia balik ke kampung halamannya.
Aku senyum je...mendengar pujuk rayunya.Kata hatiku muktamad.
Selepas itu aku tidak lagi menemuinya.beberapa hari kemudian aku menerima surat dari dia.melalui kawan yang merangkap saudaranya itu.ucapan perpisahan dihulurkan.

Hari hari yang ku lalui selepas itu...sepi dan sepi.kadang tercari cari raup wajahnya.terasa dia masih ada di pagar menunggu aku. Rindu? memang aku rindu..rindu akan gelak tawa semasa bersembang.Apakah itu cinta?
Tidak...aku tahu itu bukan cinta! aku memang rasa kehilangan.Untuk tempoh sebulan! 2 bulan!...selepas itu aku akan pulih.Berita yang aku tahu tentang dia selepas itu...dia balik kampung dan berkahwin.Aku terserempak sekali dengan dia dan isteri.selepas itu...tidak lagi hinggalah ke hari ini.




*rumusan yang aku dapat;kemesraan,hubungan rapat lelaki dan perempuan....tak semesti
penghujungnya adalah cinta n kahwin.kasih dan sayang tak semestinya mengugat hubungan lain....

No comments:

Post a Comment