Sunday, August 23, 2009

sesekali..

sesekali...
ingin aku pinjamkan bahuku
untuk kau humbankan beban rasamu..

sesekali...
ingin ku hulur tangan
buat penguat semangatmu..
mereda kemelut gelora jiwamu..

sesekali...
terasa ingin terbang ke pangkuanmu..
merenung sekujur wajahmu
berkongsi...
mendengar rintihan pilumu..

apalah daya ....
kita bukan anak-anak remaja
mimpi dan dunia yang berbeza...
terikat dan terbelenggu.

doa dan harapan..
ku kirim di angin lalu
moga kau perolehi semula...
kebahagiaan yang dicari.



(23 ogos 2009)

No comments:

Post a Comment